Thursday, June 4, 2009

Post untuk dikongsi dengan semua.

Petikan dari perjanjian ini my-ceramic-club perolehi dari satu forum site yang sedang hangat berbahas. Semua ahli beria-ia menegakkan dan mempertahankan pelaburan besar yang telah dibuat sampai melibatkan pinjaman bank dalam nilai yang besar.

Semasa kami buat post ni, website KPDNHEP tak boleh nak access. Maybe tengah upgrading server.

Bila dah boleh access nanti kami akan berikan maklumat lengkap tentang syarat perjanjian yang dikenakan oleh pihak KPDNHEP.

"boleh disemak di laman KPDNHEP..

d)Perjanjian

i. Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan suatu kontrak bertulis atau penyata yang mengandungi terma dan syarat perjanjian itu.

ii. Perjanjian itu hendaklah memperuntukan perkara berikut:

(a)Peserta hendaklah diberikan tidak kurang daripada sepuluh hari kerja dari tarikh pengambilan untuk membatalkan keahliannya (Tempoh bertenang/cooling off period) ;

(b)Apabila terdapat pembatalan keahliannya di bawah perenggan (a), peserta itu hendaklah dibayar semua bayaran yang dikehendaki dalam perjanjian itu;

(c)Syarikat mesti mempunyai polisi beli balik. Syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar; dan

(d) Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan peraturan ini adalah melanggar syarat-syarat lesen."



No comments:

Post a Comment