Monday, July 20, 2009

Ceramic Talk #1

Ceramic Talk # 1

Jumaat 17/07/2009

Ini bukan kali pertama My-Ceramic-Club menghadiri Ceramic Talk yang disampaikan oleh otai-otai berpengalaman yang sudi datang dari Johor ke MITC. Jumlah kehadiran kami ke sini dah banyak kali. Tapi tak sempat nak buat laporan disebabkan kesibukan membina Blog My-Ceramic-Club.

Ceramic Talk kali ni diadakan di Restoran Subaidah MITC Ayer Keroh. Jumlah kehadiran pada hari Jumaat tu dianggarkan dalam 60-75. Tak dapat round figure sebab takde kehadiran diambil. Ceramic Talk kali ini dipengerusikan oleh En Yusri dan Ceramic Talk disampaikan oleh En Hussin dari Yong Peng. Sepanjang menyampaikan Talk, En Hussin menerangkan satu persatu konsep Ceramic Business Club kepada para hadirin supaya dapat memberikan kefahaman kepada ahli yang telah berdaftar mahupun kepada mereka yang ragu-ragu untuk mendaftar a.k.a belum daftar la tu. Beliau menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh hadirin dengan jawapan yang bernas dan sangat meyakinkan. Saudara Hussin juga memberikan gambaran sebenar serta kelebihan-kelebihan yang bakal diperolehi oleh semua ahli berdaftar dan telah membeli Booster Package yang ditawarkan oleh Ceramic-Business-Club.



Selain Ceramic Talk oleh En Hussin, pada Talk ini juga mereka telah memperkenalkan ahli-ahli yang telah berjaya kepada para Hadirin. Ahli-ahli ini telah menceritakan pengalaman mereka sepanjang menyertai Ceramic Business Club. Antara ahli yang telah berjaya adalah En. Jamain dari Yong Peng dan En Kamal dari Melaka. En Kamal ni dalam link My-Ceramic-Club dan faunder blog ni. Jadi kepada yang lain apa tunggu lagi. Call la En Kamal, 014-6693145 beliau akan berkongsi pengalaman dan keseronokan menyertai Ceramic-Business Club.

Gambar sepanjang Ceramic Talk ni tak sempat ambil. InsyaAllah next Talk kami akan kongsikan gambar sepanjang Ceramic Talk dengan pengunjung My-Ceramic-Club.Blogspot.

No comments:

Post a Comment